No. Pendaftaran: PPM-003-10-08052022

INFAK RAMADAN 10 TERAKHIR: Bantu Pelajar Malaysia Menuntut Ilmu di Afrika Selatan

Bantu pelajar Malaysia yang berjuang menuntut ilmu agama di madrasah Afrika Selatan menghadapi cabaran di perantauan. Sumbangan anda adalah sedekah jariah yang pahalanya berterusan.

Terkumpul: RM 0 Target: RM 0
Perlu RM 0 lagi untuk capai target!
Sumbang Sekarang

Siapa Yang Dibantu?

Sumbangan ini melibatkan pelajar Malaysia yang sedang menuntut ilmu sepenuh masa di tiga buah madrasah di Afrika Selatan:

🏫

Madrasah In'aamiyyah, Camperdown

📚

Madrasah Ta'leemuddeen, Isipingo Beach

🕌

Jaami'ah Darul Uloom Newcastle, Newcastle

Pelajar-pelajar ini bukan sahaja membina masa depan ilmiah sendiri tetapi juga menjadi wakil dakwah Islam kepada masyarakat setempat. Namun realitinya, ramai di antara mereka menghadapi kos sara hidup tinggi, harga kitab mahal, masalah visa/dokumen rumit, serta kekangan keperluan harian seperti makanan dan perubatan.

Pelajar Malaysia di Afrika Selatan

Cabaran yang Dihadapi

Kos Sara Hidup & Kitab

Hidup di rantau asing sangat mahal, apatah lagi untuk pelajar peringkat akhir yang perlukan rujukan ilmiah.

Visa & Dokumen

Urusan pendaftaran, visa pelajar dan dokumen sah sering memerlukan sokongan kewangan dan bimbingan.

Kesihatan & Kesejahteraan

Kecemasan perubatan dan keperluan asas sukar ditanggung sendiri.

Rayuan Ikhlas Dari Hati Kami

Wahai para penyumbang budiman,

Hari ini ada pelajar Malaysia di bumi Afrika Selatan yang tetap duduk mengaji walau perut kosong, tetap hadir kelas walau duit di tangan sangat terhad, dan tetap teruskan penajian, hafazan walau jauh dari keluarga.

Mereka tidak meminta lebih.
Mereka hanya perlukan sedikit bantuan supaya perjalanan ilmu mereka tidak terhenti.

Setiap kitab yang mereka buka, setiap ayat yang mereka hafaz, setiap dakwah yang mereka sampaikan nanti — semuanya akan kembali kepada anda sebagai pahala yang tidak putus.

Jika anda pernah terfikir,
"Di manakah aku boleh letakkan harta aku untuk akhirat?"

Inilah tempatnya.
Inilah peluangnya.

Bantuan kecil anda hari ini boleh menjadi sebab seorang penuntut ilmu terus bertahan.
Dan selagi ilmu yang mereka belajar diamalkan, pahala itu terus mengalir kepada anda, insyaAllah.

👉 Sumbanglah walau sedikit. Ia sangat besar bagi mereka.

Sumbang Sekarang

Kenapa Bantuan Anda Penting

Jika kutipan bulanan tidak mencukupi, kami terpaksa mengurangkan atau menangguhkan elaun pelajar yang memerlukan.
Setiap sumbangan anda membantu memastikan bantuan bulanan mereka tidak terhenti.

Keistimewaan Sedekah Jariah

Memberi sumbangan kepada pelajar ilmu adalah sedekah jariah yang unik – pahala berterusan selagi ilmu yang disebarkan memberi manfaat kepada manusia. Apabila anda menyokong pelajar agama, anda secara tidak langsung membantu mereka menyebar ilmu dan dakwah Islam kepada berpuluh generasi.

Para ulama menegaskan bahawa membantu penuntut ilmu adalah "amal yang pahalanya terus mengalir selagi ilmu itu dimanfaatkan". Malah, Rasulullah ﷺ bersabda: "Apabila seorang anak Adam meninggal, amalannya terputus kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu bermanfaat, dan doa anak soleh".

Sumbangan anda hari ini adalah pelaburan akhirat – "ilmu adalah pelaburan akhirat yang tidak putus pahalanya".

"Menafkahkan harta kepada pelajar ilmu adalah amal yang dicatat sebagai sedekah jariah, dan pahalanya terus mengalir selama ilmu itu memberi manfaat."

- Syeikh Salih al-Fawzan

"Membantu pelajar agama adalah salah satu cara menolong agama Allah. Pahala itu terus mengalir walaupun pemberi sedekah telah tiada."

- Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman

"Sedekah untuk penuntut ilmu adalah sedekah jariah, kerana ilmu yang mereka pelajari akan memberi manfaat kepada manusia dan membimbing umat."

- Syeikh Ibn Taymiyyah

PERKEMAS: Amanah & Impak Berterusan

PERKEMAS (Pertubuhan Kebajikan Pelajar Malaysia di Afrika Selatan) ditubuhkan pada tahun 2022 dan berdaftar rasmi di Malaysia. Kami menjadi saluran amanah bagi orang ramai untuk menyumbang kepada pelajar Malaysia di sana.

Setiap projek dijalankan secara telus: semua dana dikhususkan untuk tujuan pendidikan dan kebajikan mereka. Dana pengurusan PERKEMAS dipantau rapi untuk memastikan operasi bantuan lancar dan amanah.

Tabung Kecemasan Perubatan

Menampung kos rawatan dan ubat-ubatan asas untuk pelajar yang jatuh sakit.

Bantuan Visa & Dokumen

Mengurus keperluan perundangan pelajar (visa, sijil pendaftaran) supaya pengajian mereka tidak terganggu.

Pembelian Buku & Bahan Ilmiah

Menyediakan kitab turath dan bahan rujukan penting agar pelajar dapat fokus menuntut ilmu.

Program Ukhuwah & Ilmu

Menganjurkan majlis ilmu dan aktiviti ukhuwah untuk menguatkan semangat kebersamaan dan dakwah.

Dana Pengurusan & Pentadbiran

Memastikan operasi NGO berjalan lancar, telus, dan teratur, termasuk urusan audit, laporan kewangan, penyelarasan bantuan, komunikasi dengan keluarga pelajar, serta pengurusan keseluruhan kebajikan.

Setiap ringgit yang disumbang akan digunakan dengan bijaksana dan telus untuk memastikan pelajar Malaysia di Afrika Selatan dapat terus menuntut ilmu tanpa gangguan.

Sokong PERKEMAS Sekarang

Hadiah Istimewa Untuk Penyumbang

Hanya Allah yang mampu membalas setiap kebaikan tuan puan.

Dialah sebaik-baik pemberi balasan atas segala pengorbanan dan sumbangan yang diberikan.

Dari kami yang serba kekurangan ini, sebagai tanda terima kasih dan penghargaan, kami ingin menghadiahkan sebuah eBook “Bisikan Doa” yang menghimpunkan 40 doa harian yang diambil sepenuhnya daripada sumber-sumber sahih — al-Qur’an dan hadis Rasulullah ﷺ.

Tiada doa yang lebih agung selain doa yang diajarkan oleh Allah dalam al-Qur’an dan dilafazkan oleh Rasul-Nya ﷺ, hamba Allah yang paling mulia.

Sekiranya tuan puan sudi menerima pemberian ini, silakan menyalurkan sumbangan melalui butang sumbangan yang disediakan dan mengisi borang ringkas, agar kami dapat menghantar eBook ini terus ke emel tuan puan. Atau tuan puan boleh pergi ke channel telegram kami, link di bawah

Semoga setiap doa yang dibaca menjadi asbab kebaikan, ketenangan dan keberkatan buat tuan puan. Jazakumullahu khairan kathira.

Pilihan Bidang Pengajian

Pelajar mempunyai pilihan untuk mengikuti salah satu program utama ini mengikut minat dan kemampuan masing-masing:

🕋

Hifz al-Qur'an (Tahfiz)

Program menghafaz keseluruhan al-Qur'an dengan bimbingan guru berpengalaman.

  • Hafazan yang kemas dan mutqin (kukuh)
  • Tajwid dan bacaan bertaranum
  • Adab dan disiplin sebagai huffaz
  • Tempoh: 2-4 tahun, bergantung kepada kemampuan pelajar
📖

Alim / Scholar Programme

Program utama di madrasah Afrika Selatan, setara dengan pengajian peringkat tinggi dalam bidang pengajian Islam.

  • Bahasa Arab & Nahu-Sorof
  • Fiqh & Usul Fiqh
  • Tafsir al-Qur'an
  • Aqidah & Mantiq
  • Hadis Nabi ﷺ (Kutub al-Sittah)
  • Tempoh: 6-7 tahun

Pengkhususan Lanjutan

Bagi pelajar yang telah menamatkan program Alim, ada peluang untuk menyambung ke pengajian khusus dalam bidang tertentu:

Fiqh

Pengkhususan dalam bidang perundangan Islam

Hadis

Pengkhususan dalam ilmu hadis dan sanad

Tafsir

Pengkhususan dalam tafsir al-Qur'an

Ifta'

Pengkhususan dalam pengeluaran hukum

Course ini memperdalamkan lagi kefahaman dan melatih pelajar menjadi tenaga pengajar, mufti atau penyelidik Islam.

Saluran Sumbangan

Maklumat Bank

Bank: Malayan Banking Berhad (Maybank)

Nama Akaun: PERTUBUHAN KEBAJIKAN PELAJAR MALAYSIA DI AFRIKA SELATAN

Nombor Akaun: 551043549903

Melalui OnPay

Klik link ini untuk infaq mudah & cepat:

Setiap sumbangan anda amat dihargai dan akan memberi impak besar kepada pelajar Malaysia di Afrika Selatan.

Sumbang Melalui OnPay

Scan QR Code untuk derma:

QR Code Derma

Hubungi Kami

Email

perkemas.ngo@gmail.com

WhatsApp

+60 11-1791 7162

Alamat

MADRASAH TAHFIZ AL QURAN ATTANWIRIAH
JALAN TEMENGGONG AHMAD
84150 PT JAWA, MUAR JOHOR

Ikuti Kami di Media Sosial